Showing posts with label coret-coret. Show all posts
Showing posts with label coret-coret. Show all posts

(klik untuk maklumat lanjut)

Satu lagi promosi daripada TM, yang mana mereka telah mengadakan sebuah peraduan @ contest. Hadiah-hadiah yang ditawarkan seperti yang tertera di dalam gambar, iaitu trip to Black Eyed Peas Live in London and tickets to Tokio Hotel Live in Malaysia!

Jadi, aku malas nak cerita banyak-banyak korang nak tau click saje kat gambar di atas.

Baca Selanjutnya...

Earth Hour 2010

Posted by mosqto | 7:02 PM | , , , , | 0 comments »



Sebelum terlambat, tinggal 2 hari saja lagi Sambutan Earth Hour ini. Korang tahu ke tak bila? Mungkin ramai yang tak tahu. Earth Hour ini, disambut pada 27 Mac 2010, dan disambut setiap tahun. Tapi entri kali ini, aku nak cerita banyak-banyak pun tak guna sebabnya aku dah postkan entri ini diwaktu yang lepas. Nak tahu? Kenalah teruskan membaca.

Entri yang lepas itu, kalau korang nak tahu boleh rujuk kat EARTH HOUR 2010. Ok, renung-renungkan dan selamat beramal.

Baca Selanjutnya...

Firefox 3.6 [ Persona ]

Posted by mosqto | 8:23 PM | , , | 0 comments »

Salam 1 Malaysia.
Baru sekejap tadi aku online, tiba-tiba firefox suruh update so lepas tu aku pun update teruslah. Sementara tunggu dia habis download, aku layan Facebook sekejap. Habis download siap install semua, tiba-tiba ada satu page berkenaan Firefox update.

Aku tak tahulah kalau korang dah tahu dulu pasal benda ini. Korang nak tahu apa yang aku kecoh-kecohkan ini? Ianya dipanggil Firefox Persona. Fungsinya hanya sebagai penghias latar Firefox korang. Dekat bawah ini, aku ada selitkan beberapa contoh "Persona". Pilihan aku Bob Marley daun ketum, hahaha...



Bagi aku, "Persona" ini agak menarik jugalah sebab daripada firefox tu kosong saje, at least ada juga gambar-gambar menarik mengikut cita rasa kita. So, pada korang yang sudah tahu korang pilih layout apa? Pada yang tak tahu bolehlah cuba, tak rosak pun PC tu, hehehe.

More info sila klik SINI

Baca Selanjutnya...

For this post, I just want to share with you all about something that can make our english better than before. In a simple words, its more on quiz question. So, I don't want to talk more about it because it seem not suprising you all, just click the picture below and enjoy the quiz. How good your English? Good Luck...





Baca Selanjutnya...

Saingan merebut Piala Fa malam semalam memberi peluang yang cerah bagi Selangor untuk melangkah ke separuh akhir. Malam semalam, Selangor yang berkunjung ke Stadium Selayang bertemu Pos Malaysia untuk perlawanan pertama Piala Fa peringkat suku akhir. Selangor menang dengan jaringan 5 berbalas 1 oleh Pos Malaysia.




Jaringan-jaringan yang dihasilkan adalah daripada kapten Selangor, Amri Yahyah pada minit ke-22 dan kemudian dia menjaringkan gol sekali lagi pada minit ke 26. Di penghujung separuh masa, Safee meledak 1 lagi gol pada minit ke-41 hasil larian kemasnya.

Separuh masa kedua, hasil pertukaran pemain penyerang iaitu Rudie Ramli telah menjaringkan 2 lagi gol dan sekali gus menambah luka Pos Malaysia. Bagaimanapun Pos Malaysia mendapat 1 gol pada minit ke-32 separuh masa yang kedua.

Jadi, ini dapat mengukuhkan lagi kedudukan Selangor setelah membawa 5 gol di Selayang, dan selepas ini perlawanan seterusnya akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Mac nanti. VIVA SELANGOR!!!

Sumber daripada SELANGOR FANATIK.

Baca Selanjutnya...



Hari ini, 20 Febuari 2010 merupakan perlawanan pusingan kedua bagi pertemuan antara Selangor PKNS dan Selangor. Pasukan adik beradik ini telah bermain di Stadium Shah Alam pada Selasa lalu untuk perlawanan pusingan pertama.

Dalam perlawanan pertama, Selangor ataupun boleh dianggap "abang" kepada Selangor PKNS telah menang 2-0. Jadi pada perlawanan pada malam ini, gol akan dikira berdasarkan agregat.

Pada perlawanan pada Selasa lalu, perlawanan boleh dikatakan kurang menarik kerana kedua-dua pasukan bermain seperti melepaskan batuk di tangga. Ini kerana, corak permainan yang ditunjukkan tidak begitu mantap. Banyak peluang-peluang yang tidak dapat disudahkan dengan sempurna.

Mungkin disebabkan mendapat gelaran "adik-beradik" maka kedua-dua pasukan pun bermain seperti ingin memberi peluang kepada pasukan lain, dengan kata lain bermain secara menang-menang. Jadi disebabkan itu, ramai penonton tidak berpuas hati dengan corak permainan pada malam tersebut.

2 gol Selangor di jaringkan oleh Faderin Kadir & "supersub" R. Surendran.

Apa yang diharapkan kini, Selangor perlulah menang dalam perlawanan kedua nanti walaupun membawa 2 gol namun pemain-pemain haruslah berhati-hati kerana 90 minit perlawanan, macam-macam boleh terjadi. VIVA SELANGOR!!!

credit to Selangor Fanatik

Baca Selanjutnya...

Seperti yang kita semua sedia maklum, Damansara Heights adalah tempat dimana orang-orang besar, orang kenamaan dan orang yang banyak duit menetap. Aku pasti korang pun tahu mengenainya. Semua rumah-rumah yang ada kat sana adalah BUNGALOW, maklumlah duit banyak.. apa barang buat rumah biasa, tak main la kan...

Entri yang kali ini, aku nak share dengan korang gambar-gambar sebuah bungalow yang aku boleh kategorikan sebagai rumah idaman korang semua. Bungalow ini adalah kepunyaan Tan Sri Yeoh Tiong Lay. Korang kenal tak beliau ini? Beliau ini ahli perniagaan, antara orang-orang terkaya di dunia apatah lagi di Malaysia. Banyak cakap pun tak guna, korang nilailah sendiri...




Ada lagi, scroll je...











So, amacam? Awsome!!! kan3... hehehe...

Baca Selanjutnya...

Berita yang baru aku terima tentang Pak cik Google ni. Mereka telah memperkenalkan 1 produk baru iaitu Google Buzz. Sebelum ini mereka juga telah menghasilkan OS (operating system) mereka sendiri, tetapi berita itu agak lama jugaklah. Tapi yang ni rasanya baru & masih hangat-hangat lagi.

Untuk Google Buzz ini, ianya diterbitkan & digunakan hanya melalui "gmail". Ia juga boleh dikategorikan sebagai laman sosial. Google Buzz ini, nak aku kata chat... macam chat la, laman sosial pun lebih kurang.. tak tau la nak cakap macam mana. Yang menariknya, Google Buzz ini kita tak perlu menambah kawan kerana secara automatik ia akan ditambah apabila kita menghantar email kepada individu tersebut. Selain itu juga, ia juga dikaitkan bersama-sama dengan Picassa, Twitter, Flicker & Google Reader.

Pada masa yang sama jugak, korang boleh update status, kongsi video atau gambar. Korang pun boleh komen dekat status, gambar atau video kawan-kawan korang. Aku cakap banyak pun tak guna, apa kata korang tengok Video kat bawah ini... Layan betul-betul tau!!!




Tapi untuk pengetahuan semua, ianya masih lagi dalam proses dan belum semua pengguna email akan dapat buat masa kini. Korang akan dapat bila dah sampai masanya... korang tunggu jer lah, aku pun belum dapat lagi. Hehehehe...

Baca Selanjutnya...

Salam...
Entri kali ini, aku cuma nak kongsikan dengan korang semua tentang keindahan ciptaan-ciptaan Allah Maha Besar. Ciptaan-ciptaan yang aku sendiri belum pernah tengok sebelum ini. Gambar-gambar yang menyusul akan membuat kita terdiam seketika, subhanallah... Sungguh indah ciptaan-Nya.

Dalam dunia yang kita anggap besar yang belum pernah diterokai ini memang terdapat banyak perkara yang kita tidak menjangkakan...


















Baca Selanjutnya...

Email ini aku dapat daripada salah seorang kawan aku, entri kali ini aku cuma nak tunjukkan gambar-gambar hasil unik & kreatif daripada pelukis-pelukis yang aku tak kenali, hahaha... Apa-apa pun, jom kita tengok hasil karya-karya mereka. Fuhh...!!


Sebelum...


Hampir siap...


Hasilnya!!!
Ada lagi...












Macam mana? Ok ke tak Ok? Komen la sikit...

Baca Selanjutnya...

Alahai Pengantin...

Posted by mosqto | 7:37 PM | , | 0 comments »

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku.. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.

Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.

Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar?...

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye susah, jawapannya anjing degan khinzir je,.. tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula senyum?

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan khinzir! la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik,
dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.

Tapi bila pengantin tu jawab "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ?taik gajah? besar betul.. nak2 bila gajah makan durian. Hahahaha...

Baca Selanjutnya...

Kembali sesudah "Bertapa"

Posted by mosqto | 1:46 AM | | 0 comments »

Rasanya kalau siapa-siapa yang follow blog aku ni mesti terkejutkan?? Mula timbul soalan, hidup lagi ke mamat ni? Biar betul? Eh, betul ke mamat ni update blog dia? Macam tak percaya la. Hahaha... confirm punyalah.

Anyway, memang dah lama sangat aku tingalkan blog aku ni. Dekat setengah tahun jugaklah, tempoh masa yang lama tu. Aku pun xtau kenapa aku nk kembali berblog-blogan semula. Mungkin tahun ni banyak cerita yang aku nk kongsi dengan korang-korang semua.

Kalau blog aku ni ibarat rumah yang terbiar, faham-faham je la kalau rumah kena tinggal 5-6 bulan, bersawang, berhabuk, sunyi sepi & boleh di anggap berhantu, hahaha... so macam tu jugaklah blog aku ni, dah bersawang-sawang sana sini.

Sawang ke sarang labah-labah? Hahaha...

Lantaklah, asalkan ada rupanya. So, lepas ni rasanya aku nak mengaktifkan diriku ke alam blogger semula, kepada yang menyokong aku terima kasih banyak-banyak.

Baca Selanjutnya...

Genaplah 1 Bulan...

Posted by mosqto | 8:35 PM | | 1 comments »

1 Julai 2009.
Hari ni genap la aku menjalankan aku pye prktikal selama 1 bulan. Bulan julai ni akan jd bulan kedua plak.

Ringkasan drpd bulan Jun.

Minggu pertama - pengenalan kpd tugas2 yg akan aku wt pd minggu hdapannya. So, Encik Amri adalah supervisor. Die byk bg aku tnjuk ajr tntang agensi pelancongan ni. Hari berlalu dgn mmpelajari tugasan2 kje.

Minggu kedua - aku mula beroperasi, hehehe. Aku membuat penempahan tiket melalui internet. Syarikat ni link dgn air asia jew tau, so pe2 hal booking dgn air asia je...
Lepas booking tiket, aku kna la masuk kn segala info tntang tiket tu termasuk individu yg menempahnya. So, bgitulah kje aku spnjg minggu kedua ni. so easy!!

Minggu ketiga - Aku telah diberi amanah utk memegang kunci ofis ni. Wah!! dpt pegang kunci tu... tp yg xbest nye, kna la dtg awal kn... huhuhuhu. Jadi, sepnjang minggu ni aku la org terawal yg dtg ofis, hahaha. Kje2 plak, sme cm mggu yg kedua.. wt booking tiket, update folder n simpan duit.

Minggu keempat - Minggu ni aku byk kali balik lewat, sbb pe? Byk keje lor... aku tlong Encik Amri siapkan profile company utk di hantar ke TDC iaitu agensi pelancongan terbesar di Malaysia. Profile prlu dihantar utk mendapat "Lesen Besar" la... hahaha. Kdang2 aku kena pegi bank utk depositkn duit2 tiket. Kdg2 aku kna g bayar bil. Buat invoice, pstu hntr guna faks mesin...

Ringkasan bulan Julai.

Minggu pertama - akan bersambung.....

Hahahahaa....

Baca Selanjutnya...

Hasratku Tercapai Jua...

Posted by mosqto | 8:58 AM | , | 1 comments »

Assalamualaikum sume...
Hari ni aku sronok sgt2 sbb dpt jmpe mmber lme. 2 tahun xjmpe beb, rindu. Dan akhirnya pada petang Rabu 8 April 2009, segala rndu terubat.... cheewah!! Petang tu aku mmg dh plan nk jmpe die pn, plan kitorang just nk jogging n borak2 skali. Ala.. korang igt lg x citer yg aku post psl "chatting bersama si dia". Kalau korang baca, korang tau la citernye.

Tapi syg, mse utk kitorang borak2 cme bertahan 1 jam je sbb dh maghrib, so kena la blek umah. Walaupun cme 1 jam, aku telah memanfaatkan mse tersebut dgn sebaik nya, hahaha.... Mcam2 gk la yg kami bualkan, nak tau spe? Nama die Farhana, member aku mase PLKN dulu2. Die 1 company dgn aku iaitu "DELTA" juara keseluruhan Kem PLKN Jugra, hahaha... (bangga).

Ok la, aku mls nk citer byk cme nk bgtau kt korang yg hasrat aku nk jmpe Farhana dh tercapai dan segala rndu terubat sudah, hehehe. Aku cme nk share kt korang kegembiraan aku je. Orait, gua chow dlu.

SalamzzZZ....

Baca Selanjutnya...

Senyum sokmo...

Posted by mosqto | 9:16 PM | , , | 0 comments »

Hari ni aku telah blajar sesuatu tntang khasiat di sebalik satu senyuman. Fakta ni aku jmpe kt buletin yg d post oleh mmber friendster aku iaitu "Bicara Hati". Nk tau pe yg die post, klu rjin korang bace la ye.


SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.
Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM.
SENYUM harus ada ketululusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja
dengan kening yang berkerut.
Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15
otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian
muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot.
Bayangkanlah!!!
"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.
Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.
Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia
akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa
kita tidak muliakan ? Muliakan dengan diri kita.
SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia
akan membalas SENYUMan anda itu.
Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........
William Shakespear mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat
diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.
Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.
Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya.

Baca Selanjutnya...

Pilihan Raya Kolej MCS

Posted by mosqto | 10:21 AM | , , | 0 comments »

Assalamualaikum W.B.T.
Hari khamis yg lalu iaitu bersamaan 2 April 2009, Kolej MCS telah pn mngadakan pilihan raya. Pilihan raya tersebut adalah bertujuan untuk melantik calon BPP ( Badan Perwakilan Pelajar ) yg baru. Sehari sblm pilihan raya "Manifesto" dr kelas ke kelas telah pn di jalankn. Antara calon2 yg dipilih serta yg telah mmbuat manifesto mereka adalah:


Dari kiri belakang: Mahathir, Sulaiman, Raja Zafran, Che Alif, Muhd Fauzi, Afiq Anaqi, Fadhul Hadi, Shamsul, Muhd Fahmi.

Dari kiri hadapan: Nur Ain, Uwarani, Siti Suhaila, Siti Umairah, Nurul Aina, Nadzirah, Siti Khadijah, Nur Asyikin, Lianna, Mohd Fariq

2 Mac 2009- Hari membuang undi.
Seramai 536 Pelajar yg berdaftar di kolej MCS, namun seramai 176 pelajar tidak keluar mngundi, jadi hanya 360 pelajar saje yg mngundi. Ceh, ayat cm ayt brita la plak. Tp dlm byk2 undi tu, de 40 undi rosak. Gmbar kt bwh ni antara suasana semasa proses pengundian di jalan kan. Layan.....













Tidak dilupakan jgk kpd x-BPP iaitu Ayub, Ismail, Erika, Mayuri dan aku sndiri yg jd photographer pd ari tu. Kitorang mnjadi ahli SPR.



Baca Selanjutnya...