Video ini memaparkan amanah-amanah yang disampaikan oleh Junjungan Besar Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Ini adalah khutbah terakhir Nabi, untuk paparan semua teliti, hayati & nilailah dengan sebaik mungkin
credit to Jiwang.tv.
Baca Selanjutnya...
Video ini memaparkan amanah-amanah yang disampaikan oleh Junjungan Besar Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Ini adalah khutbah terakhir Nabi, untuk paparan semua teliti, hayati & nilailah dengan sebaik mungkin
Salam...
Entri kali ini, aku cuma nak kongsikan dengan korang semua tentang keindahan ciptaan-ciptaan Allah Maha Besar. Ciptaan-ciptaan yang aku sendiri belum pernah tengok sebelum ini. Gambar-gambar yang menyusul akan membuat kita terdiam seketika, subhanallah... Sungguh indah ciptaan-Nya.
Dalam dunia yang kita anggap besar yang belum pernah diterokai ini memang terdapat banyak perkara yang kita tidak menjangkakan...














Membaca Horoskop walaupun suka-suka solatnya tidak diterima. Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.
Berikut merupakan sedikit info kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tukang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. Paling ditakuti kalau ianya menyebabkan kita syirik, maupun sengaja atau tidak. Tiada maaf untuk mereka yang telah syirik..

Assalamualaikum wbt...
Bulan Rabiul Awal seperti yg kita ketahui bulan ini merupakan kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
Biarpun berbeza pendapat, kita mestilah tetap menyambutnya. Seperti yg biasa kita lakukan, kita akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Jadi, marilah kita menyambutnya bersama-sama umat islam yg lain semoga kita semua keberkatan daripada-Nya. Untuk mengetahui lebih byk mklumat mengenai Sambutan MaulidurRasul ini, click je kt SINI.
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. 'Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki....' nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. 'Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?' Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. 'Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,' katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. kematian tetap akan terjadi bagi kita. "Sesungguhnya Mati Itu Benar". Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh…
Baca Selanjutnya...HANGAT!! Semalam, negara kita telah digemparkan dengan satu fenomena alam yang jarang2 berlaku. Ala.. aku confirm korang pn tau gk kn, GERHANA MATAHARI… Keajaiban ciptaan Allah ini bermula dari pukul 4 smpai pkul 7, aku dgn mmber2 aku dok lepak usha2 gerhana matahari ni. Pergh…time ktorang tggu tu cuaca panas gler la, tp ktorang dh prepare payung, hak3… Tp korang tau x amalan2 sunat dan hikmah2 disebalik fenomena alam ni? Nk tau? Korang bace la sndiri kt bwah ni….
AMALAN SUNAT & HIKMAH2 fenomena Gerhana Matahari:
1) Solat Sunat Gerhana Matahari.
Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.
Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.
Terdapat juga dalil yang diriwayatkan oleh:
Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”
Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.
So, korang sume.. Hayatilah fenomena dan kajaiban alam ini… salam..
~mosQto~
Baca Selanjutnya...1) Apabila kejahatan dan kejahilan berlaku… pastinya…seseorang itu akan berubah serta hati yang tulus, suci dan ikhlas itu akan menjadi GELAP ibarat tompok-tompok hitam yg melekat di hati kita. Dan apabila hati itu menjadi gelap semestinya kehidupan ini tidak akan mendapat rahmat serta keberkatan drpd Allah S.W.T.
2) Tentukanlah…
>>Hati yang permukaanya licin dan bersih, di dalamnya ada pelita yg menerangi, itulah hati orang MUKMIN.
>>Hati yg hitam dan terbalik permukaannya, iaitu hati orang KAFIR.
>>Hati yg terikat dan tertutup dalam sampul, iaitu hati orang MUNAFIK.
>>Hati yg pipih, di dalamnya ada keimanan bercampur dgn kemunafikan.
<< Sesungguhnya ALLAH telah berfirman di dalam surah Al-A’raf, 25 yg bermaksud: >>
(Di bumi itulah kamu hidup dan di bumi itu juga kamu mati dan di bumi itu pula kamu akan dibangkitkan)
Renungkan dan Fikir-fikirkanlah…
~mosQto~
Baca Selanjutnya...
Isu terhangat di berita tentang peperangan disemenanjung Gaza tidak pernah berhenti telah menggegar dan membuka seluruh mata dunia, setiap hari kita akan mendengar berita tentang kematian rakyat2 di sana. Beratus-ratus org mati akibat serangan kejam tentera Israel. Kanak2 yg tidak berdosa turut menjadi mangsa mereka.
Apakah sebab kanak2 ini terbunuh? Apa sebab negara ini diperangi? Apakah tindakan yg diambil untuk menghentikan peperangan ini? Dan.... apakah usaha kita sebagai umat islam di Malaysia untuk membantu saudara2 seislam kita di sana?
Lihatlah gmbar di atas, ia begitu menyayat hati... kita dapat rasakan bagaimana perasaan mereka yg sering diselubungi ketakutan untuk berdepan dgn bahaya2 yang bakal menimpa. Bekalan2 perubatan dan makanan yg disalurkan pn tidak mencukupi untuk mereka.
Persatuan yg terbesar di dunia (PBB) pn tidak dpt menangani masalah ini, segala perjanjian2 yg di buat hanyalah sekadar perjanjian. Kedegilan tentera Israel yg telah memungkiri janji tersebut telah menyebabkan saluran2 bantuan tidak dpt diteruskan.
Jadi, Kita sbg rakyat Malaysia mestilah bersyukur kerana dikurniakan negara yg aman dan sentosa dan kita seharusnya membantu mereka yg ditimpa bahaya di sana. Walaupun negara kita aman tapi harus diingatkan bhw keamanan ini belum tentu akan terus kekal untuk selamanya.
~ mosQto ~
mosqto - Original design by Blog Partnert | Distributed by Blog Owner