Saingan merebut Piala Fa malam semalam memberi peluang yang cerah bagi Selangor untuk melangkah ke separuh akhir. Malam semalam, Selangor yang berkunjung ke Stadium Selayang bertemu Pos Malaysia untuk perlawanan pertama Piala Fa peringkat suku akhir. Selangor menang dengan jaringan 5 berbalas 1 oleh Pos Malaysia.




Jaringan-jaringan yang dihasilkan adalah daripada kapten Selangor, Amri Yahyah pada minit ke-22 dan kemudian dia menjaringkan gol sekali lagi pada minit ke 26. Di penghujung separuh masa, Safee meledak 1 lagi gol pada minit ke-41 hasil larian kemasnya.

Separuh masa kedua, hasil pertukaran pemain penyerang iaitu Rudie Ramli telah menjaringkan 2 lagi gol dan sekali gus menambah luka Pos Malaysia. Bagaimanapun Pos Malaysia mendapat 1 gol pada minit ke-32 separuh masa yang kedua.

Jadi, ini dapat mengukuhkan lagi kedudukan Selangor setelah membawa 5 gol di Selayang, dan selepas ini perlawanan seterusnya akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Mac nanti. VIVA SELANGOR!!!

Sumber daripada SELANGOR FANATIK.

0 comments