Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Earth Hour 2010

Posted by mosqto | 7:02 PM | , , , , | 0 comments »



Sebelum terlambat, tinggal 2 hari saja lagi Sambutan Earth Hour ini. Korang tahu ke tak bila? Mungkin ramai yang tak tahu. Earth Hour ini, disambut pada 27 Mac 2010, dan disambut setiap tahun. Tapi entri kali ini, aku nak cerita banyak-banyak pun tak guna sebabnya aku dah postkan entri ini diwaktu yang lepas. Nak tahu? Kenalah teruskan membaca.

Entri yang lepas itu, kalau korang nak tahu boleh rujuk kat EARTH HOUR 2010. Ok, renung-renungkan dan selamat beramal.

Baca Selanjutnya...

Firefox 3.6 [ Persona ]

Posted by mosqto | 8:23 PM | , , | 0 comments »

Salam 1 Malaysia.
Baru sekejap tadi aku online, tiba-tiba firefox suruh update so lepas tu aku pun update teruslah. Sementara tunggu dia habis download, aku layan Facebook sekejap. Habis download siap install semua, tiba-tiba ada satu page berkenaan Firefox update.

Aku tak tahulah kalau korang dah tahu dulu pasal benda ini. Korang nak tahu apa yang aku kecoh-kecohkan ini? Ianya dipanggil Firefox Persona. Fungsinya hanya sebagai penghias latar Firefox korang. Dekat bawah ini, aku ada selitkan beberapa contoh "Persona". Pilihan aku Bob Marley daun ketum, hahaha...



Bagi aku, "Persona" ini agak menarik jugalah sebab daripada firefox tu kosong saje, at least ada juga gambar-gambar menarik mengikut cita rasa kita. So, pada korang yang sudah tahu korang pilih layout apa? Pada yang tak tahu bolehlah cuba, tak rosak pun PC tu, hehehe.

More info sila klik SINI

Baca Selanjutnya...

For this post, I just want to share with you all about something that can make our english better than before. In a simple words, its more on quiz question. So, I don't want to talk more about it because it seem not suprising you all, just click the picture below and enjoy the quiz. How good your English? Good Luck...





Baca Selanjutnya...

Apa dah jadi dengan pasukan kedah?? Mari kita tengok ramai-ramai...



Ada berita yang kurang gembira...

6 Mac 2010, adalah pertembungan liga super antara Selangor dengan Kedah. Perlawanan yang sememangnya dijangka sengit, perlawanan ini juga adalah perlawanan tumpuan. Seperti jangkaan aku juga, beribu-ribu penonton yang datang membanjiri stadium mahupun kedah atau pun Selangor. Boleh dikatakan, penonton di stadium pada malam itu lebih ramai daripada penonton yang menonton Piala AFC... hahaha.

Tapi apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah tentang kemalangan atau insiden yang berlaku di dalam stadium. Insiden yang berlaku adalah kecederaan serius yang di alami oleh seorang penonton selangor, apa yang berlaku kepala brother tu berdarah sehinggakan darah keluar tanpa henti. Puncanya adalah botol air kaca yang di baling dari atas dan terkena orang di bawah. Lukanya agak serius kerana pendarahan yang tidak berhenti. Dengan bantuan penonton-penonton lain, brother tersebut dikejarkan ke hospital dengan segera.

Nasihat aku lepas ni, janganlah baling-baling barang sebab ianya membahayakan penonton-penonton lain.

Baca Selanjutnya...

(klik gambar untuk maklumat)

Pada tahun 2009 jutaan orang di seluruh dunia menunjukkan sokongan mereka dengan mematikan lampu mereka selama satu jam.

Earth Hour 2010 akan berterusan untuk bertindak serta menggalakkan setiap individu, perniagaan dan masyarakat tentang masalah global ini. Galakan untuk berdiri, untuk menunjukkan kepimpinan dan bertanggungjawab untuk masa depan kita.

Sokonglah dengan mematikan lampu selama satu jam, Earth Hour, 8:30, Sabtu 27 Mac 2010.

Dan, apa kaitannya dengan aku? Nak tau, klik SINI.

Anda boleh menyokong Earth Hour dengan cara:

1) Anda mematikan lampu di 8:30 pada 27 Mac.

2) Menunjukkan sokongan dan menambah diri anda untuk kita peta dunia.

3) Menambahkan widget, logo dan banner tentang Earth Hour dalam blog atau website untuk membantu kita menyebarkan kempen.

4) Bercakap tentang Earth Hour di rangkaian sosial anda dengan mengemaskini status Facebook anda, tweeting tentang sokongan anda atau Berkumpul bersama teman dan keluarga sambil memegang lilin.

5) Mengadakan acara-acara yang berkaitan dengan Earth Hour bersama masyarakat setempat ataupun komuniti anda.

6) Mendorong majikan anda serta rakan sekerja untuk mengambil bahagian dalam Earth Hour dan membuat penjimatan tenaga setiap hari.

7) Menjadikan Earth Hour sebagai lambang harapan inspirasi untuk masa depan.

8) Tunjukkan kreativiti anda! wujudkan cara baru untuk menghidupkan suasana Earth Hour dan supaya semua orang tahu tentang itu!

Mungkin terlalu awal aku postkan berita ini, tapi ada baiknya sebagai peringatan untuk kita semua...

Baca Selanjutnya...

Video ini memaparkan amanah-amanah yang disampaikan oleh Junjungan Besar Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Ini adalah khutbah terakhir Nabi, untuk paparan semua teliti, hayati & nilailah dengan sebaik mungkin



credit to Jiwang.tv.

Baca Selanjutnya...

Seperti yang kita semua sedia maklum, Damansara Heights adalah tempat dimana orang-orang besar, orang kenamaan dan orang yang banyak duit menetap. Aku pasti korang pun tahu mengenainya. Semua rumah-rumah yang ada kat sana adalah BUNGALOW, maklumlah duit banyak.. apa barang buat rumah biasa, tak main la kan...

Entri yang kali ini, aku nak share dengan korang gambar-gambar sebuah bungalow yang aku boleh kategorikan sebagai rumah idaman korang semua. Bungalow ini adalah kepunyaan Tan Sri Yeoh Tiong Lay. Korang kenal tak beliau ini? Beliau ini ahli perniagaan, antara orang-orang terkaya di dunia apatah lagi di Malaysia. Banyak cakap pun tak guna, korang nilailah sendiri...




Ada lagi, scroll je...











So, amacam? Awsome!!! kan3... hehehe...

Baca Selanjutnya...

Berita yang baru aku terima tentang Pak cik Google ni. Mereka telah memperkenalkan 1 produk baru iaitu Google Buzz. Sebelum ini mereka juga telah menghasilkan OS (operating system) mereka sendiri, tetapi berita itu agak lama jugaklah. Tapi yang ni rasanya baru & masih hangat-hangat lagi.

Untuk Google Buzz ini, ianya diterbitkan & digunakan hanya melalui "gmail". Ia juga boleh dikategorikan sebagai laman sosial. Google Buzz ini, nak aku kata chat... macam chat la, laman sosial pun lebih kurang.. tak tau la nak cakap macam mana. Yang menariknya, Google Buzz ini kita tak perlu menambah kawan kerana secara automatik ia akan ditambah apabila kita menghantar email kepada individu tersebut. Selain itu juga, ia juga dikaitkan bersama-sama dengan Picassa, Twitter, Flicker & Google Reader.

Pada masa yang sama jugak, korang boleh update status, kongsi video atau gambar. Korang pun boleh komen dekat status, gambar atau video kawan-kawan korang. Aku cakap banyak pun tak guna, apa kata korang tengok Video kat bawah ini... Layan betul-betul tau!!!




Tapi untuk pengetahuan semua, ianya masih lagi dalam proses dan belum semua pengguna email akan dapat buat masa kini. Korang akan dapat bila dah sampai masanya... korang tunggu jer lah, aku pun belum dapat lagi. Hehehehe...

Baca Selanjutnya...

Salam...
Entri kali ini, aku cuma nak kongsikan dengan korang semua tentang keindahan ciptaan-ciptaan Allah Maha Besar. Ciptaan-ciptaan yang aku sendiri belum pernah tengok sebelum ini. Gambar-gambar yang menyusul akan membuat kita terdiam seketika, subhanallah... Sungguh indah ciptaan-Nya.

Dalam dunia yang kita anggap besar yang belum pernah diterokai ini memang terdapat banyak perkara yang kita tidak menjangkakan...


















Baca Selanjutnya...

Entri kali ini agak mengiurkan & macam sedapkan?? Hehehe... Aku tahu korang mesti dah biasa dengan makanan rutin ini. Dan semestinya ada yang menjadikan sebagai makanan kegemaran. Sedikit maklumat yang ingin aku kongsikan bersama anda semua. Berita ini aku dapat melalui email daripada seorang rakanku.




ROTI CANAI
Tapi yang aku nak ceritakan bukanlah pasal kesedapan atau keenakan makanan popular di Malaysia ini tetapi yang aku nak cerita adalah pasal keburukan atau khasiat yang kurang baik untuk kesihatan dalam makanan ini. Aku tak tahulah sama ada ia fakta atau auta.

Menurut seorang pakar yang memberi kursus Sport Science dari UPM memberitahu sekiranya kita mula bekerja pada umur 20 tahun dan makan sebiji roti canai setiap hari, kita mungkin akan hidup sehingga 55 tahun. KENAPA?? Kerana sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5km berjogging.

Maknanya, sekiranya kita jogging sejauh 5km dan lepas itu kita makan sebiji roti canai serupalah macam kita tak berjogging langsung. Selain itu, terdapat banyak minyak di dalam roti canai. Nak uli tepung guna minyak, nak tebar canai guna minyak dan nak goreng pun guna minyak.

NASI LEMAK
Nasi lemak pula kandungan santannya sangat tinggi, bermakna kadar kolesterolnya juga tinggi. Prof Ungku Aziz ditanya "Apakah rahsia beliau sihat fizikal & minda pada umur 85 tahun?" Beliau berkata, beliau tidak makan atau jarang sekali makan nasi lemak.

Jadi, terpulang kepada korang nak pilih yang mana. Sebelum itu, aku nak jugak tahu apa pendapat korang dengan artikel ini, Fakta ke Auta? Renung-renugkan dan selamat beramal. Hehehehe...

Baca Selanjutnya...

Email ini aku dapat daripada salah seorang kawan aku, entri kali ini aku cuma nak tunjukkan gambar-gambar hasil unik & kreatif daripada pelukis-pelukis yang aku tak kenali, hahaha... Apa-apa pun, jom kita tengok hasil karya-karya mereka. Fuhh...!!


Sebelum...


Hampir siap...


Hasilnya!!!
Ada lagi...












Macam mana? Ok ke tak Ok? Komen la sikit...

Baca Selanjutnya...

Horoskop dan Hukumnya

Posted by mosqto | 8:51 PM | , , | 0 comments »

Membaca Horoskop walaupun suka-suka solatnya tidak diterima. Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.

Berikut merupakan sedikit info kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tukang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. Paling ditakuti kalau ianya menyebabkan kita syirik, maupun sengaja atau tidak. Tiada maaf untuk mereka yang telah syirik..

Baca Selanjutnya...

Senyum sokmo...

Posted by mosqto | 9:16 PM | , , | 0 comments »

Hari ni aku telah blajar sesuatu tntang khasiat di sebalik satu senyuman. Fakta ni aku jmpe kt buletin yg d post oleh mmber friendster aku iaitu "Bicara Hati". Nk tau pe yg die post, klu rjin korang bace la ye.


SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.
Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM.
SENYUM harus ada ketululusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja
dengan kening yang berkerut.
Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15
otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian
muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot.
Bayangkanlah!!!
"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.
Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.
Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia
akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa
kita tidak muliakan ? Muliakan dengan diri kita.
SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia
akan membalas SENYUMan anda itu.
Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........
William Shakespear mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat
diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.
Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.
Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya.

Baca Selanjutnya...

Earth Hour 2009

Posted by mosqto | 4:35 AM | , | 0 comments »


Assalamualaikum W.B.T
Kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita sama2 menyokong program Save Earth demi menyelamatkan bumi akibat pemanasan Global. Program yg akan di jalankan pada mlm ini iaitu EARTH HOUR dgn kata inggeris nye "turn off the light" seluruh dunia akan gelap gelita. Maka dgn itu tepat jam 8.30 - 9.30 mlm ini sama2 lah kita mematikan lampu di rumah atau di mana jua....

Dgn itu blog aku juga akan turut gelap seketika, tapi cme background je yg hitam.... Hehehehe... Kira ok la tu kn, at least gelap la juga...

Ok semua, peace world...

Baca Selanjutnya...

Bila kapal kargo overload!!

Posted by mosqto | 5:01 AM | , , | 1 comments »

Assalamualaikum W.B.T.
Korang pernah nmpk x kapal terbang xbole terbang? Msti xprnah kn... tapi kali ni aku nk tnjuk kt korang kapal kargo xbole terbang, wahahahaha.... Tau knpe xbole terbang, paham2 sndiri sudah... Ini adalah kapal kargo di lapangan terbang Dubai. Tgk je la, kapal terbang pn bole wheelie beb, hahaha... Layan...



Baca Selanjutnya...

Alternatif Helmet masa kini

Posted by mosqto | 3:25 AM | , , | 0 comments »

Kalau kt Malaysia, kita tgk klau orang naik moto je pkai helmet biasa2 je. Bak kata pepatah, pakai helmet mesti skema, pastikan de cop sirim dan pape lagi ntah. Mcm mat2 rempit helmet yg top diorang pakai MS88, xpun ARC, KHI, Magnum Fiber dan mcm2 lagi la. Mcm aku, pakai MS88 je tp aku bukan la mat rempit, hehehe.

Kalau nk citer psl helmet je mmg pnjg citernya. So, skrg ni dh ade alternatif helmet utk korang menunggang motorsikal. Nk tgk x antara helmet2 alternatif yg kini dh ade di pasaran? Jom layan...

Helmet kt ats ni ok lg la

Helmet utk mereka2 yg rambut tocang.


Yg ni limited lor, hehehe

Untuk petani2 yg berkebun

Helmet time ujan & panas

Yg ni xpyah beli pn xpe, wahahaha

Yg ni plak, pndai2 la korang nk modified

Walaupun byk cara nk pakai helmet ni, tp keputusannya semua di tangan korang nk pakai helmet yg mcm mane... Nk SELAMAT atau TIDAK?
Jadi, bila korang pakai helmet ikatlah dgn ketat dan ingatlah orang yg tersayang...

Pesanan ini dibawa khas oleh Mosqto Net River.

Baca Selanjutnya...