Berita yang baru aku terima tentang Pak cik Google ni. Mereka telah memperkenalkan 1 produk baru iaitu Google Buzz. Sebelum ini mereka juga telah menghasilkan OS (operating system) mereka sendiri, tetapi berita itu agak lama jugaklah. Tapi yang ni rasanya baru & masih hangat-hangat lagi.

Untuk Google Buzz ini, ianya diterbitkan & digunakan hanya melalui "gmail". Ia juga boleh dikategorikan sebagai laman sosial. Google Buzz ini, nak aku kata chat... macam chat la, laman sosial pun lebih kurang.. tak tau la nak cakap macam mana. Yang menariknya, Google Buzz ini kita tak perlu menambah kawan kerana secara automatik ia akan ditambah apabila kita menghantar email kepada individu tersebut. Selain itu juga, ia juga dikaitkan bersama-sama dengan Picassa, Twitter, Flicker & Google Reader.

Pada masa yang sama jugak, korang boleh update status, kongsi video atau gambar. Korang pun boleh komen dekat status, gambar atau video kawan-kawan korang. Aku cakap banyak pun tak guna, apa kata korang tengok Video kat bawah ini... Layan betul-betul tau!!!




Tapi untuk pengetahuan semua, ianya masih lagi dalam proses dan belum semua pengguna email akan dapat buat masa kini. Korang akan dapat bila dah sampai masanya... korang tunggu jer lah, aku pun belum dapat lagi. Hehehehe...

0 comments