Showing posts with label menarik. Show all posts
Showing posts with label menarik. Show all posts

(klik untuk maklumat lanjut)

Satu lagi promosi daripada TM, yang mana mereka telah mengadakan sebuah peraduan @ contest. Hadiah-hadiah yang ditawarkan seperti yang tertera di dalam gambar, iaitu trip to Black Eyed Peas Live in London and tickets to Tokio Hotel Live in Malaysia!

Jadi, aku malas nak cerita banyak-banyak korang nak tau click saje kat gambar di atas.

Baca Selanjutnya...

Earth Hour 2010

Posted by mosqto | 7:02 PM | , , , , | 0 comments »



Sebelum terlambat, tinggal 2 hari saja lagi Sambutan Earth Hour ini. Korang tahu ke tak bila? Mungkin ramai yang tak tahu. Earth Hour ini, disambut pada 27 Mac 2010, dan disambut setiap tahun. Tapi entri kali ini, aku nak cerita banyak-banyak pun tak guna sebabnya aku dah postkan entri ini diwaktu yang lepas. Nak tahu? Kenalah teruskan membaca.

Entri yang lepas itu, kalau korang nak tahu boleh rujuk kat EARTH HOUR 2010. Ok, renung-renungkan dan selamat beramal.

Baca Selanjutnya...

Firefox 3.6 [ Persona ]

Posted by mosqto | 8:23 PM | , , | 0 comments »

Salam 1 Malaysia.
Baru sekejap tadi aku online, tiba-tiba firefox suruh update so lepas tu aku pun update teruslah. Sementara tunggu dia habis download, aku layan Facebook sekejap. Habis download siap install semua, tiba-tiba ada satu page berkenaan Firefox update.

Aku tak tahulah kalau korang dah tahu dulu pasal benda ini. Korang nak tahu apa yang aku kecoh-kecohkan ini? Ianya dipanggil Firefox Persona. Fungsinya hanya sebagai penghias latar Firefox korang. Dekat bawah ini, aku ada selitkan beberapa contoh "Persona". Pilihan aku Bob Marley daun ketum, hahaha...



Bagi aku, "Persona" ini agak menarik jugalah sebab daripada firefox tu kosong saje, at least ada juga gambar-gambar menarik mengikut cita rasa kita. So, pada korang yang sudah tahu korang pilih layout apa? Pada yang tak tahu bolehlah cuba, tak rosak pun PC tu, hehehe.

More info sila klik SINI

Baca Selanjutnya...

For this post, I just want to share with you all about something that can make our english better than before. In a simple words, its more on quiz question. So, I don't want to talk more about it because it seem not suprising you all, just click the picture below and enjoy the quiz. How good your English? Good Luck...





Baca Selanjutnya...

Saingan merebut Piala Fa malam semalam memberi peluang yang cerah bagi Selangor untuk melangkah ke separuh akhir. Malam semalam, Selangor yang berkunjung ke Stadium Selayang bertemu Pos Malaysia untuk perlawanan pertama Piala Fa peringkat suku akhir. Selangor menang dengan jaringan 5 berbalas 1 oleh Pos Malaysia.




Jaringan-jaringan yang dihasilkan adalah daripada kapten Selangor, Amri Yahyah pada minit ke-22 dan kemudian dia menjaringkan gol sekali lagi pada minit ke 26. Di penghujung separuh masa, Safee meledak 1 lagi gol pada minit ke-41 hasil larian kemasnya.

Separuh masa kedua, hasil pertukaran pemain penyerang iaitu Rudie Ramli telah menjaringkan 2 lagi gol dan sekali gus menambah luka Pos Malaysia. Bagaimanapun Pos Malaysia mendapat 1 gol pada minit ke-32 separuh masa yang kedua.

Jadi, ini dapat mengukuhkan lagi kedudukan Selangor setelah membawa 5 gol di Selayang, dan selepas ini perlawanan seterusnya akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Mac nanti. VIVA SELANGOR!!!

Sumber daripada SELANGOR FANATIK.

Baca Selanjutnya...

Piala FA & Piala AFC

Posted by mosqto | 6:29 PM | , , | 0 comments »

Tak sempat aku nak update game yang lepas, Malam ini ada game lagi. Malam ini, Selangor FA akan melawan Becamex B.B, pasukan daripada Vietnam. Selangor akan bermain dalam saingan Piala AFC. Tapi sebelum aku cerita pasal Piala AFC, biar aku update dulu keputusan Piala FA.

Keputusan perlawanan Piala FA yang lepas, Selangor FA bertemu SEL PKNS di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Pada perlawanan kedua tersebut Selangor FA telah kecundang 1-0. Namun dalam perlawanan pertama, Selangor FA telah menang 2-0 dan dengan itu mata agregat adalah 2-1. Bermakna Selangor FA telah melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Diperingkat suku akhir, Selangor FA akan bertemu KL Pos Malaysia. Mengikut jadual yang telah dirancang, kemungkinan mereka akan bermain pada 16 & 20 Mac 2010 tetapi jadual mungkin akan berubah.

Habis tentang Piala FA, malam ini fokus Selangor FA adalah kepada Piala AFC. Bertemu pasukan Vietnam di halaman sendiri mungkin akan memberi kelebihan kepada Selangor FA, ditambah lagi dengan ribuan penyokong yang mungkin akan membanjiri Stadium Shah Alam pada malam ini.

Ini adalah perlawanan pertama Selangor FA dalam Piala AFC musim 2010, tak ada apa lagi yang dapat dikatakan dan hanya semangat pemain-pemain serta penyokong dapat menyemarakkan lagi kehangatan Stadium Shah Alam pada malam ini. Dengan itu, marilah sama-sama kita saksikan.

Baca Selanjutnya...

(klik gambar untuk maklumat)

Pada tahun 2009 jutaan orang di seluruh dunia menunjukkan sokongan mereka dengan mematikan lampu mereka selama satu jam.

Earth Hour 2010 akan berterusan untuk bertindak serta menggalakkan setiap individu, perniagaan dan masyarakat tentang masalah global ini. Galakan untuk berdiri, untuk menunjukkan kepimpinan dan bertanggungjawab untuk masa depan kita.

Sokonglah dengan mematikan lampu selama satu jam, Earth Hour, 8:30, Sabtu 27 Mac 2010.

Dan, apa kaitannya dengan aku? Nak tau, klik SINI.

Anda boleh menyokong Earth Hour dengan cara:

1) Anda mematikan lampu di 8:30 pada 27 Mac.

2) Menunjukkan sokongan dan menambah diri anda untuk kita peta dunia.

3) Menambahkan widget, logo dan banner tentang Earth Hour dalam blog atau website untuk membantu kita menyebarkan kempen.

4) Bercakap tentang Earth Hour di rangkaian sosial anda dengan mengemaskini status Facebook anda, tweeting tentang sokongan anda atau Berkumpul bersama teman dan keluarga sambil memegang lilin.

5) Mengadakan acara-acara yang berkaitan dengan Earth Hour bersama masyarakat setempat ataupun komuniti anda.

6) Mendorong majikan anda serta rakan sekerja untuk mengambil bahagian dalam Earth Hour dan membuat penjimatan tenaga setiap hari.

7) Menjadikan Earth Hour sebagai lambang harapan inspirasi untuk masa depan.

8) Tunjukkan kreativiti anda! wujudkan cara baru untuk menghidupkan suasana Earth Hour dan supaya semua orang tahu tentang itu!

Mungkin terlalu awal aku postkan berita ini, tapi ada baiknya sebagai peringatan untuk kita semua...

Baca Selanjutnya...



Hari ini, 20 Febuari 2010 merupakan perlawanan pusingan kedua bagi pertemuan antara Selangor PKNS dan Selangor. Pasukan adik beradik ini telah bermain di Stadium Shah Alam pada Selasa lalu untuk perlawanan pusingan pertama.

Dalam perlawanan pertama, Selangor ataupun boleh dianggap "abang" kepada Selangor PKNS telah menang 2-0. Jadi pada perlawanan pada malam ini, gol akan dikira berdasarkan agregat.

Pada perlawanan pada Selasa lalu, perlawanan boleh dikatakan kurang menarik kerana kedua-dua pasukan bermain seperti melepaskan batuk di tangga. Ini kerana, corak permainan yang ditunjukkan tidak begitu mantap. Banyak peluang-peluang yang tidak dapat disudahkan dengan sempurna.

Mungkin disebabkan mendapat gelaran "adik-beradik" maka kedua-dua pasukan pun bermain seperti ingin memberi peluang kepada pasukan lain, dengan kata lain bermain secara menang-menang. Jadi disebabkan itu, ramai penonton tidak berpuas hati dengan corak permainan pada malam tersebut.

2 gol Selangor di jaringkan oleh Faderin Kadir & "supersub" R. Surendran.

Apa yang diharapkan kini, Selangor perlulah menang dalam perlawanan kedua nanti walaupun membawa 2 gol namun pemain-pemain haruslah berhati-hati kerana 90 minit perlawanan, macam-macam boleh terjadi. VIVA SELANGOR!!!

credit to Selangor Fanatik

Baca Selanjutnya...

Video ini memaparkan amanah-amanah yang disampaikan oleh Junjungan Besar Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Ini adalah khutbah terakhir Nabi, untuk paparan semua teliti, hayati & nilailah dengan sebaik mungkin



credit to Jiwang.tv.

Baca Selanjutnya...

Seperti yang kita semua sedia maklum, Damansara Heights adalah tempat dimana orang-orang besar, orang kenamaan dan orang yang banyak duit menetap. Aku pasti korang pun tahu mengenainya. Semua rumah-rumah yang ada kat sana adalah BUNGALOW, maklumlah duit banyak.. apa barang buat rumah biasa, tak main la kan...

Entri yang kali ini, aku nak share dengan korang gambar-gambar sebuah bungalow yang aku boleh kategorikan sebagai rumah idaman korang semua. Bungalow ini adalah kepunyaan Tan Sri Yeoh Tiong Lay. Korang kenal tak beliau ini? Beliau ini ahli perniagaan, antara orang-orang terkaya di dunia apatah lagi di Malaysia. Banyak cakap pun tak guna, korang nilailah sendiri...




Ada lagi, scroll je...











So, amacam? Awsome!!! kan3... hehehe...

Baca Selanjutnya...