Hari ini, 20 Febuari 2010 merupakan perlawanan pusingan kedua bagi pertemuan antara Selangor PKNS dan Selangor. Pasukan adik beradik ini telah bermain di Stadium Shah Alam pada Selasa lalu untuk perlawanan pusingan pertama.

Dalam perlawanan pertama, Selangor ataupun boleh dianggap "abang" kepada Selangor PKNS telah menang 2-0. Jadi pada perlawanan pada malam ini, gol akan dikira berdasarkan agregat.

Pada perlawanan pada Selasa lalu, perlawanan boleh dikatakan kurang menarik kerana kedua-dua pasukan bermain seperti melepaskan batuk di tangga. Ini kerana, corak permainan yang ditunjukkan tidak begitu mantap. Banyak peluang-peluang yang tidak dapat disudahkan dengan sempurna.

Mungkin disebabkan mendapat gelaran "adik-beradik" maka kedua-dua pasukan pun bermain seperti ingin memberi peluang kepada pasukan lain, dengan kata lain bermain secara menang-menang. Jadi disebabkan itu, ramai penonton tidak berpuas hati dengan corak permainan pada malam tersebut.

2 gol Selangor di jaringkan oleh Faderin Kadir & "supersub" R. Surendran.

Apa yang diharapkan kini, Selangor perlulah menang dalam perlawanan kedua nanti walaupun membawa 2 gol namun pemain-pemain haruslah berhati-hati kerana 90 minit perlawanan, macam-macam boleh terjadi. VIVA SELANGOR!!!

credit to Selangor Fanatik

0 comments