Entri kali ini agak mengiurkan & macam sedapkan?? Hehehe... Aku tahu korang mesti dah biasa dengan makanan rutin ini. Dan semestinya ada yang menjadikan sebagai makanan kegemaran. Sedikit maklumat yang ingin aku kongsikan bersama anda semua. Berita ini aku dapat melalui email daripada seorang rakanku.




ROTI CANAI
Tapi yang aku nak ceritakan bukanlah pasal kesedapan atau keenakan makanan popular di Malaysia ini tetapi yang aku nak cerita adalah pasal keburukan atau khasiat yang kurang baik untuk kesihatan dalam makanan ini. Aku tak tahulah sama ada ia fakta atau auta.

Menurut seorang pakar yang memberi kursus Sport Science dari UPM memberitahu sekiranya kita mula bekerja pada umur 20 tahun dan makan sebiji roti canai setiap hari, kita mungkin akan hidup sehingga 55 tahun. KENAPA?? Kerana sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5km berjogging.

Maknanya, sekiranya kita jogging sejauh 5km dan lepas itu kita makan sebiji roti canai serupalah macam kita tak berjogging langsung. Selain itu, terdapat banyak minyak di dalam roti canai. Nak uli tepung guna minyak, nak tebar canai guna minyak dan nak goreng pun guna minyak.

NASI LEMAK
Nasi lemak pula kandungan santannya sangat tinggi, bermakna kadar kolesterolnya juga tinggi. Prof Ungku Aziz ditanya "Apakah rahsia beliau sihat fizikal & minda pada umur 85 tahun?" Beliau berkata, beliau tidak makan atau jarang sekali makan nasi lemak.

Jadi, terpulang kepada korang nak pilih yang mana. Sebelum itu, aku nak jugak tahu apa pendapat korang dengan artikel ini, Fakta ke Auta? Renung-renugkan dan selamat beramal. Hehehehe...

0 comments