Apa dah jadi dengan pasukan kedah?? Mari kita tengok ramai-ramai...



Ada berita yang kurang gembira...

6 Mac 2010, adalah pertembungan liga super antara Selangor dengan Kedah. Perlawanan yang sememangnya dijangka sengit, perlawanan ini juga adalah perlawanan tumpuan. Seperti jangkaan aku juga, beribu-ribu penonton yang datang membanjiri stadium mahupun kedah atau pun Selangor. Boleh dikatakan, penonton di stadium pada malam itu lebih ramai daripada penonton yang menonton Piala AFC... hahaha.

Tapi apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah tentang kemalangan atau insiden yang berlaku di dalam stadium. Insiden yang berlaku adalah kecederaan serius yang di alami oleh seorang penonton selangor, apa yang berlaku kepala brother tu berdarah sehinggakan darah keluar tanpa henti. Puncanya adalah botol air kaca yang di baling dari atas dan terkena orang di bawah. Lukanya agak serius kerana pendarahan yang tidak berhenti. Dengan bantuan penonton-penonton lain, brother tersebut dikejarkan ke hospital dengan segera.

Nasihat aku lepas ni, janganlah baling-baling barang sebab ianya membahayakan penonton-penonton lain.

0 comments