Jungle Trekking di Desa Pahlawan

Posted by mosqto | 11:01 AM | | 0 comments »

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera to all my frenz...

Hari Pertama.

Pada hari Jumaat yg lepas, bertempat di Desa Pahlawan , Batang Kali, aku bersama teman2 yg lain telah pergi menjalankan satu aktiviti menjelajah hutan di sana. Maklumat lanjut sila baca di bawah:

Masa bertolak: 4 petang ( 8.5.09 )
Tempat: Desa Pahlawan, Batang Kali
Peserta: Geng2 aku & beberapa orang luar serta kenalan.

So, kami ( geng2 aku je ) bertolak ke sana menaiki KTM. First skali naik bas dr Banting ke Putrajaya - Then dr KLIA Transit naik tren ke Tasik Selatan - Dr situ naik Tren ke KL Sentral - Dr KL Sentral kami teruskan perjalanan ke Rasa dgn menaiki KTM. Tiket dr KL Sentral ke Rasa cuma 5.10 aje. Memang perjalanan ke sana kami byk turun naik tren, bus & Ktm.

Sampai kt Stesen KTM Rasa lebih kurang pukul 9 lebih. First kami sampai igtkan kt situ de kedai2, tp suram giler!! So, terpaksa aku dgn Botak ( Hafez ) menapak ke pekan utk mncari bekalan makanan. Perjalanan memakan masa 5-10 minit.

Tujuan kitorang turun kt Rasa adalah dgn harapan akan ade orang jemput kitorang utk di bawa ke tapak lokasi perkhemahan, tp malangnya setelah hampir 5 jam kitorang menunggu HARAM, xde sorang pn yg ambik kitorang kt sana. So, dgn berat hatinya kami semua decide tuk menapak sekali lagi dr Rasa ke Batang Kali. Kalau menapak dekat je xpe, 4 kilometer terpaksa kami redah utk smpai ke sana. Kalau siang xpe lagi kan, tp ni tengah2 malam pkul 12-1 pagi, dh mcm orang x betul je...

Setelah hampir 3km kami berjalan, akhirnya diorang dtg ambik kitorang, Alhamdulilah Syukur.... Sampai tmpat kem je, aku dgn xde citer byk trus melandingkan diri & pe lagi, tdo la.... Krrrroooiih... ( pnt sgt )

Hari kedua.

9.5.09- Perjalanan kami bermula pd jam 9 pagi, tp sebelum tu mcm bese la... preparation barang2 & paling pnting skali breakfast. So, start pkul 9 jungle trekking kami pn bermula & kami meredah hutan hampir 2 jam jgk la. Akhirnya kami smpai juga ke tapak perkhemahan, tp bukan tapak sbnrnya, cuma kwasan lapang je. Aktiviti pertama setibanya kami smpai di sana, Mandi sungai la pe lagi... huhuhuhuhuhu sejuk gler r...

Sementara kitorang mandi, beberapa org yg baik hati telah mnyediakan makan tgh hari utk kami semua. Abis mandi je trus mkn, rezeki...

Waktu ptg plak kami di bahagikan kpd beberapa team & aku di msukkan ke team "mencari kayu api". Otai2 kumpulan jungle trekking ni pegi mmburu & menjala, senior2 plak wt preparation tuk makan malam & junior2 mcm kami ni de yg tolong dorang msk.

Lepas je abis makan dalam pkul8 lebih kami de sesi motivasi & sedikit taklimat mengenai aktiviti yg telah kami jalankan. Lepas abis sesi motivasi, senior2 plan nk msk kn meggi tuk kitorang & dgn x malu nya kami setuju, hehehe... Makan meggi dlam pkul 10.30-11 malam & lepas mkn kami pn mengadap katil kami ( akar kayu, daun2 kering ) tp dlam khemah gk la. Tapi malam tu Aku, Hadi & bulat decide nk dok tepi unggun api dok borak2 ke sbb malam tu mmg sejuk gler, sampaikan aku x leh tdo smpai ke pagi. Korang bygkan lah sejuk nye cm ne smpai xleh tdo.

Hari ketiga.

10.5.09- Dgn keadaan ngantuk aku terpaksa la jgk aku bangun sebab ni hari last kt sne, mkne nya nk kena balik dh. Mcm bese, pagi2 kena breakfast dulu. Lepas srapan, kami pack barang2, buka khemah & kemas2 kwasan perkhemahan. Lepas siap smua, pe lagi terjun dlam sungai lg la... berendam lebih dr stgh jam, tepat kul 11 kami pn beransur pulang ke kem. Perjalanan tuk turun agk sukar gk la sbb kena control 'brake' kaki, hehehe.

Sebelum pkul 1 kami telah sampai ke kem & sampai2 je kt sna, kami mnyambung aktiviti yg x pernah puas bila de kt air trjun iaitu mandi manda. Sampai kul 2.30 kami ( junior & senior ) semua lpak2 kt sungai tu sementara otai2 plak siapkan mknan tgh hari.

Then siap2 mkn je & packing barang2 semua pkul 5 kami ( junior ) di hantar ke KTM Sg Buloh & start dr sane kami pn pulang ke rumah. Sampai rumah pkul 12 tgh mlam.

0 comments