Piala FA- Selangor lwn Perlis

Posted by mosqto | 10:23 AM | | 0 comments »

b18 April 09.
Malam td telah berlangsung perlawanan bolasepak antara Selangor menentang Perlis di Stadium Shah Alam. Perlawanan ini merupakan perlawanan kedua bg kdua-dua pasukan dan Perlis telah berkunjung ke sini dalam saingan merebut piala FA. Untuk maklumat perlawanan pertama, korang tgk kt link INI.

Pada perlawanan malam td, Selangor menang iaitu 2-1 (Perlis). Selangor membuka jaringan awal pada minit ke 15, hasil tandukan Amri Yahyah. Tapi 2 minit lps tu, Perlis plak yg buat jaringan. Separuh masa pertama berakhir dgn 1-1.

Separuh masa kedua, permainan agak rancak namun tiada gol dpt dijaringkan. Dan pada minit-minit akhir perlawanan, iaitu di masa kecederaan Selangor membuat jaringan kemenangan melalui sepakan penjuru. Sepakan yg di buat oleh D. Surendran dan ditanduk masuk oleh Amri dan membolehkan Selangor layak ke Final piala FA dgn agregat 3-2 menentang Perlis.

(keputusan perlawanan pada malam semalam)

Dalam saingan merebut Piala FA, Selangor akan bertemu Kelantan di pusingan final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 25 April ini. Mailah kita dtg beramai-ramai menyokong pasukan Selangor!!

0 comments