Selangor lwn Perlis (7.4.2009)

Posted by mosqto | 11:28 PM | | 0 comments »

Semalam, hari selasa bersamaan 7 April merupakan perlawanan pertama bg pasukan Selangor dalam saingan separuh akhir menentang Perlis. Selangor hanya terikat satu sama iaitu seri ketika menentang Perlis di Stadium Utama, Kangar, malam semalam.

Perlis memulakan tirai jaringan dlm separuh masa pertama pada minit ke-2 hasil rembatan Mohd. Syazwan Zainol. Manakala jaringan Selangor pada minit ke-34 di jaringkan oleh C.Premnath hasil hantaran lintang Amri Yahyah.

Tapi separuh masa ke-2 Selangor hanya bermain 10 org pemain apabila Amri Yahyah dibuang padang apabila menerima kad kuning kedua pada minit ke-57 kerana mengasari penjaga gol Perlis. Ketika masa kecederaan empat minit diberikan, penyerang Perlis, Nizaruddin Yusof pula dibuang padang juga kerana menerima kad kuning ke-2nya kerana mengasari pemain Selangor.

Walaupun byk serangan antara kedua-dua pasukan, namun tiada jaringan yg dpt dijaringkan pada separuh masa yg ke-2. Permainan berterusan sehingga wisel penamat di bunyikan, dan keputusan kekal dgn Selangor (1) Perlis (1).

Untuk saingan separuh akhir yg ke-2, perlawanan akan diadakan pada 18 April 2009 bertempat di Stadium Shah Alam. Namun, sebelum bermain di tmpat sndiri pasukan Selangor terlebih dahulu akan bertandang ke Kota Bharu untuk aksi Liga Super bertemu Kelantan pada Sabtu ini. Marilah kita sama menyokong pasukan masing2.

0 comments