Assalamualaikum wbt...
Bulan Rabiul Awal seperti yg kita ketahui bulan ini merupakan kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
Biarpun berbeza pendapat, kita mestilah tetap menyambutnya. Seperti yg biasa kita lakukan, kita akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Jadi, marilah kita menyambutnya bersama-sama umat islam yg lain semoga kita semua keberkatan daripada-Nya. Untuk mengetahui lebih byk mklumat mengenai Sambutan MaulidurRasul ini, click je kt SINI.
Hari Keputraan Nabi Muhammad S.A.W
Posted by mosqto | 1:24 AM | agama, Berita, coret-coret, fakta | 0 comments »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment