HANGAT!! Semalam, negara kita telah digemparkan dengan satu fenomena alam yang jarang2 berlaku. Ala.. aku confirm korang pn tau gk kn, GERHANA MATAHARI… Keajaiban ciptaan Allah ini bermula dari pukul 4 smpai pkul 7, aku dgn mmber2 aku dok lepak usha2 gerhana matahari ni. Pergh…time ktorang tggu tu cuaca panas gler la, tp ktorang dh prepare payung, hak3… Tp korang tau x amalan2 sunat dan hikmah2 disebalik fenomena alam ni? Nk tau? Korang bace la sndiri kt bwah ni….

fri_d_new

AMALAN SUNAT & HIKMAH2 fenomena Gerhana Matahari:

1) Solat Sunat Gerhana Matahari.

Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.

Terdapat juga dalil yang diriwayatkan oleh:

Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”

Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

So, korang sume.. Hayatilah fenomena dan kajaiban alam ini… salam..

~mosQto~

0 comments