Luka di Stadium Nasiruddin Shah telah terubat, apabila Selangor menang besar semalam. Selangor membelasah pasukan Johor (PG) 6 gol tanpa balas. Permainan serta prestasi pemain pada malam semalam agak konsisten berbanding bertemu Terengganu.

Gol-gol Selangor dihasilkan oleh Amirul Hadi Zainal (5)(53), Safee Sali (32)(42), Razman Roslan (86), 1 gol sendiri oleh pertahanan Johor.

Selangor kini masih mengungguli takhta liga super yang kini mengutip 15 mata, manakala Terengganu yang sebelum ini mengekori rapat di bawah Selangor telah ketinggalan 4 mata apabila tumpas di Paroi ketika menentang Negeri Sembilan.

0 comments