Malam ini, untuk perlawanan seterusnya dalam saingan liga super Selangor akan bermain di tempat sendiri iaitu di Stadium Shah Alam untuk menentang pasukan Johor. Johor yang kini berada di tangga terbawah liga tetap mencuba untuk mendapatkan 3 mata penuh, begitu juga bagi pasukan Selangor yang ingin mengutip 3 mata untuk menjarakkan diri daripada Terengganu yang mengekori rapat 1 mata di bawah Selangor.

Bagaimanapun, peringatan harus diberikan kepada pemain-pemain Selangor agar tidak memandang rendah kepada pihak lawan tetapi seharusnya menunjukkan prestasi permainan yang terbaik. Ini kerana prestasi pemain-pemain Selangor kebiasaannya akan tenggelam apabila bertemu dengan pasukan bawahan liga, apa yang diharapkan adalah supaya Selangor akan menang pada perlawanan pada malam ini.

VIVA Selangor!!

0 comments