Selangor telah kecundang di Stadium Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Badi pada musim lalu masih menghantui Selangor yang mana pada musim lalu, Terengganulah pasukan yang telah menyebabkan Selangor tersingkir daripada merebut Piala Malaysia. Badi kekalahan di Kuala Terengganu masih kekal.

Boleh dikatakan perlawanan pada malam tersebut dikuasai penuh oleh pasukan Terengganu. 2 gol Terengganu hasil daripada sepakan penalti dan 2 gol lagi hasil percubaan Terengganu. Permainan Selangor memang agak tenggelam pada malam tersebut, percubaan-percubaan ke arah pintu gol Terengganu mudah di baca oleh penjaga gol lawan.

Perlawanan serta kekalahan ini harus memberi suntikan kepada pemain-pemain agar tidak leka, terutama bahagian pertahanan yang mana banyak memberi ruang kepada pasukan Terengganu untuk membuat jaringan.

Pujian harus diberikan kepada pemain-pemain Selangor kerana telah bermain dengan sebaik mungkin. Untuk perlawanan seterusnya, Selangor akan bertemu Johor di Stadium Shah Alam selasa ini. Sama-sama kita nantikan perlawanan itu.

0 comments