Hari ini, 23.1.2010 merupakan perlawanan ke 5 bagi pasukan Selangor FA dalam saingan liga super. Pada hari ini, Selangor akan berkunjung ke Stadium Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu iaitu sebagai pelawat.

Selangor akan melawan pasukan Terengganu pada malam ini di sana pada jam 8.45 malam. 4 perlawanan sebelum ini, pasukan Selangor telah memenangi kesemua perlawanan dan telah mengutip 12 mata sekali gus mengungguli takhta liga super setakat ini. Apa yang diharapkan kini adalah untuk mengutip 3 mata penuh dalam perlawanan pada malam ini.

Tetapi Selangor tetap harus waspada pada pihak lawan, yang mana merupakan pasukan tangga kedua di bawah Selangor. Semoga penyerang pasukan Selangor, R Surendran dan Safee Sali dapat membolosi 1 atau 2 gol ataupun lebih. Saya sebagai anak jati & peminat fanatik pasukan Selangor FA mendoakan kejayaan demi kejayaan.

VIVA SELANGOR!!!!

0 comments