Pulang Dengan 1 mata

Posted by mosqto | 6:14 PM | , | 0 comments »


Seperti kehilangan rentak, itulah yang dapat aku katakan kepada pasukan Selangor apabila berkunjung ke tempat lawan. Prestasi perlawanan memang kurang memuaskan, walaupun dapat menjangkakan Selangor akan menang 2-1, tetapi kubu pertahanan Perlis dapat menyekat serangan demi serangan.

Pada mulanya Selangor dikejutkan dengan jaringan Perlis oleh Fakri Syarani, namun Selangor bangkit untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Safiq Rahim. Biarpun cuba untuk mencari gol, namun kawalan bola lebih banyak dikuasai oleh Perlis. Peratusan kawalan bola bagi kedua-dua pasukan adalah 60% untuk Perlis, 40% untuk Selangor.

Dengan membawa pulang 1 mata, Selangor masih lagi menerajui takhta liga dengan 16 mata di ikuti oleh Terengganu 14 mata dan kedah 13 mata. Selangor harus lebih berhati-hati untuk perlawanan yang seterusnya kerana pasukan-pasukan lain kini sedang mengekori rapat.

0 comments