Juara Piala FA 2009

Posted by mosqto | 1:51 AM | | 0 comments »

Syabas di ucapkan kpd pasukan negeri Selangor, syabas2!!!
Pada 25 April 2009, pertembungan di antara Red Giant dan Red Warriors adalah sbgai penentu pasukan mana yg layak menjulang Piala FA. Hampir 80,000 penonton yg membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil pada mlm td.


Di depan kira-kira 80,000 penonton, seawal minit kedua sudah menyaksikan Safee Sali dan R. Surendren terlepas tandukan ketika mencari gol awal daripada satu sepakan sudut D. Surendran setelah penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail terlebih dulu mendakap bola.


Perlawanan yg seimbang di antara kedua-dua pasukan telah mengheret mereka ke masa tambahan. Namun begitu,
Skuad Wira Merah (Kelantan) yang cuba merangkul gelaran sulung bola sepak utama tempatan sempat mendahului menerusi tandukan Nor Farhan Muhammad pada minit ke-92 namun ketua pasukan Gergasi Merah (Selangor), Amri Yahyah menyamakannya, juga dengan tandukan minit ke-100. Sepakan penalti menjadi penentu Juara Piala FA.

Selangor menang sepakan penalti dgn keputusan 4-1 (Kelantan).
Sepakan penentuan penalti Selangor disudahkan oleh Khairul Anuar Baharum, Nasriq Baharom, D. Surendran dan Safee Sali manakala dua sepakan pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dan Zairul Fitree Ishak mengenai palang dan tinggi tersasar.

Sokongan Padu Penyokong Kelantan
( Hampir 50,000 penyokong)

Selangor Fan Club
( 30,000 Fan)

0 comments