Macam Tu Pulak!
Cerita 1.
ROSIHAN 8 tahun, disuruh ibunya untuk menjaga adiknya Hafiz, yang berusia 2 tahun. Sedang ibunya leka memasak, Hafiz mengambik surat khabar lalu mengoyak dan memakannya. Rosihan yang terkejut dengan peristiwa itu lantas memanggil ibunya.
ROSIHAN: Ibu, adik Hafiz makan surat khabar ni sampai habis.
IBU: Apa?
Dengan terkejut badak, ibunya terus berlari mendapatkan Hafiz.
IBU: Fuhh, nasib baik surat khabar semalam…ibu ingatkan hari ni punya.
Cerita 2.
Profesor Dan Anak Muridnya
SEORANG Profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia bercadang hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.
Masuk je ke dalam bilik kuliah, dia terus bertanya, "Siapakah di antara kamu yang merasakan dirinya bodoh, sila ke depan".
Semua pelajar diam, tiba-tiba muncul seorang pelajar lelaki bangun dan terus menuju ke depan.
"Oh, jadi awak mengakulah yang awak ni bodoh ye?"Tanya profesor itu.
Dengan muka selamba 'katak' pelajar itu menjawab,
"Bukan begitu profesor…sebenarnya saya tak sampai hati melihat professor sorang-sorang berdiri kat depan ni".
Kah.. kah.. kah… Lawak ke??
0 comments
Post a Comment